Friday, July 2, 2010

Current New's

Salam Lebaran..

Selama ini anda pasti tertanya-tanya macam mana ada sesetengah orang boleh berbelanja besar setiap kali raya kan?

Jika selama ini anda mempunyai niat untuk berduit pada hari raya, ini mungkin surat yang paling penting untuk dibaca dalam bulan ni..

Kerana saya ingin membantu anda mengubah hari raya anda dari malang menjadi hari raya yang terbaik dalam hidup anda..

Selepas ini anda tidak lagi pening memikirkan nak cari duit beli baju raya.. Tidak lagi pening nak fikir berapa banyak duit yang perlu disediakan untuk bajet duit raya..

Dan anda tidak perlu pening lagi memikirkan nasib anda nak balik kampung dan duit banyak habis masa raya ni..

Sebab saya akan tunjukkan rahsia bagaimana nak buat duit sempena raya ni..

"Tahukah anda, perniagaan yang bermusim adalah salah satu perniagaan yang paling menguntungkan?"

Jadi, musim perayaan tak terkecuali lebih-lebih lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri di negara kita yang majoriti masyarakatnya terlibat..

Tapi anda perlu tahu caranya.. Anda Akan Gagal Kalau Anda Pilih Jalan Yang Salah

Memperkenalkan Duit-Raya.Com Satu-satunya jalan untuk anda buat Duit Raya dengan mudah!

Hanya bermodalkan RM20 Sekali Seumur Hidup, Anda Berpeluang Menjana Pendapatan RM70 Dengan memperkenalkan 2 orang rakan sahaja!

Semua yg Daftar Selepas Anda akan menjadi Downline Anda dan berada di Bawah Anda Tidak Kira Anda Menaja atau pun Tidak!

Baru dilancarkan pada 1 JULAI 2010, inilah tempat terakhir anda dalam pencarian bisnes online.

Pelancaran akan berjalan serentak dan anda berpeluang mendapat limpahan downline dari seluruh dunia. Jangan lepaskan peluang ini!

Anda tidak akan rugi kerana modal yg diperlukan hanya RM20 saja. Tiada Risiko!

MANFAATKAN SEPENUHNYA INTERNET ANDA, JGN BAZIRKAN DGN CHATTING (FACEBOOK) SEBALIKNYA JADIKAN IA PLATFORM UNTUK ANDA MERAIH PENDAPATAN LUMAYAN! JADILAH PENGGUNA BIJAK!

TEMPAH POSISI ANDA SEGERA UNTUK BERADA DI LEVEL TERATAS! DAFTAR PERCUMA SEKARANG :

http://www.duit-raya.com/?ref=zub5449

Tuesday, May 18, 2010

Last history not came back

Hari demi hari semakin berlalu dengan begitu cepat sekali,
Hari semalam tidak akan berulang kembali kerana hari semalam telah menjadi
satu sejarah di dalam hidupku..

Sejarah tidak akan berulang dua tiga kali,hari semalam sudah lepas,
biarlah ia yang menjadi pengajaran di dalam hidupku,
Dugaan yang dilalui dalam apa rintangan yang melanda
hidup mestilah diteruskan

Biarlah hari semalam menjadi kisah silam dalam hidupku dan
tidak akan mengulangi lagi kesalahnan demi kesalahan.
Biarlah hari-hari yang mendatang ditempuhi dengan penuh kesabaran dan keriangan
untuk meneruskan hidup

Hari demi hari semakin cepat berlalu..
Telah dinyatakan di dalam ayat Al-A'sr dari ayat 1-3 didalam al-Quran al-Karim

FirmanNya bermaksud :

1.)Demi masa !
2 )Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian
3 ) Kecuali orang-arang yang beriman dan beramal soleh
    dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran          
    serta berpesan-pesan dengan sabar.

Disebalik  ayat yang tersurat ini kita sudah dapat gambarkan
bagaimana masa itu bergerak dengan begitu sekali..

Olehitu hargailah masa dengan sebalik-baliknya..
Jangan kau sia-sia kan masa yang adaini dengan aktiviti-akitiviti
yang tidak berfaedah..

Cuba disiplinkan diri anda berhadap masa dengan sebaik baiknya..

Sunday, May 16, 2010

Happy teachear's day



 SELAMAT  HARI GURU PADA 16 Mei 2010 KHAS BUAT GURU YANG MENGAJARKU..HE..HE..HE




Assalamualaikum w.b.k.t. dan salam sejahtera semua.

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


Tanggal pada 16 Mei 2010 ( Setiap Tahun) merupakan hari yang paling bertuah sebagai mengingati pengorbanan dan jasa seorang yang berkecimpung di dalam perguruan.
Di kesempatan ini,ku ingin megucapkan selamat menyambut hari guru kepada semua yang bergelar status guru,sama ada yang sudah bersara bekerja sebagai seorang guru ataupun yang masih bergelar guru.Selamat hari guru sedunia.
Tanpa guru siapalah kita,guru diibaratkan sebagai sebatang lilin yang menerangi cahaya kehidupan seseorang murid,pelajar ataupun penuntut.Guru membimbing kita kearah yang lebih positif untuk menjadi seorang yang berguna.Jasamu guru amat bermakna bagi diriku.Kepada cikgu yang telah membimbingku terima kasih banyak-banyak saya ucapkan.
Hari guru merupakan salah satu cara untuk mengingati jasa seorang guru.Di hari yang begitu bermakna ini ingin sekaliku mengucapkan selamat hari guru kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajarku di suatu ketika dahulu.Jasamu cikgu akan tersemat di dalam jiwaku sampai bila-bila.Ucapan ini ikhlas dariku kepada seorang yang penah mengajarku.

Untuk menghargai jasamu cikgu,pada tanggal 16 Mei setiap tahun,ku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas segala yang diajar oleh cikgu-cikgu semua.Marilah sama-sama kita menghidupkan ataupun memeriahkan sambutan hari guru setiap tahun walau dimana jua kita berada sebagai mengingati jasamu cikgu.terima kasih cikgu-cikgu semua.

Tuesday, March 9, 2010

Pengalaman Mendaki Gunung




PENGALAMAN KETIKA MENDAKI GUNUNG
Assalamuaikum dan salam sejahtera kepada semua yang mengenali  diri ini.
Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi pengalaman  yang telah saya lalui sepanjang perjalanan ke Gunung Ledang .Nama timbangan saya ialah zub.Saya berasa dari Terengganu.Hobi yang paling saya gemari ialah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang penuh mencabar dan menguji ketahanan mental.Saya menyukai aktiviti-aktiviti yang  lasak dan ekstrem.
Sekali lagi,Selamat datang ke laman saya,terima kasih kerana mengunjungi laman ini .Dikesempatan ini,saya ingin berkongsi seberapa sedikit pengalaman ketika mendaki  Gunung Ledang  yang terletak di negeri  Johor Darul Takzim bersama dengan kumpulan SISPA.
Tibalah suatu tarikh yang dinantikan .Tanggal pada 5 March 2010 hingga 7 March 2010 merupakan suatu tarikh yang member satu semangat yang berkobar-kobar untuk mengikuti  Adventurer Mountain Ledang.Kami semua diarahkan untuk berkumpul di dewan biru sebelum menaiki bas menuju ke destinasi kami.Saya bersama peserta yang lain seramai 44 orang yang megikuti aktiviti ini.Sebelum bertolak ke Gunung Ledang , kami mempunyai  4kumpulan yang diberi nama ALHPA,BRAVO,CHARLIE dan yang terakhir sekali iaitu DELTA.Saya bersama 9 orang  lain telah menyertai kumpulan yang  yang diberi nama Charlie.
Kami bertolak dari lokasi dari dewan biru kira-kira pada pukul 12.30 tengah malam ke destinasi yang kami ingin tujui dengan sebuah bas yang diberi nama dataran pinta,agak pelik dan unik sekali dengan nama  bas saya naiki bersama peserta yang lain.Saya bersama peserta yang lain pun bersiap untuk ke Gunung Ledang.Di dalam perjalanan ke destinasi,kami semua telah dihujani dengan hujan yang lebat ketika menuju  ke Gunung Ledang Tersebut.Kami semua tertidur dengan nyeyak sekali sementara sebelum sampai ke destinisi kami.Perjalanan mengambil masa lebih kurang  4jam.Kami tiba dilokasi kira-kira pada pukul 4.30 pagi sampai ke tempat yang kami tujui itu.Kami sampai di situ terlalu awal,oleh kerana itu,pegawai yang mengiringi kami mengarahkan kami tidur di dalam bas untuk menunggu waktu subuh lebih kurang  1jam 30 minit  untuk kami tidur balik di dalam bas yang kami naiki tadi.
Jam menunjukkan tepat pada pukul 6.15 pagi..kami diarahkan untuk bangun untuk solat subuh secara berjemaah di surau di pinggir bukit sebelum mendaki ke gunung ledang.Setelah itu,kami semua telah bersiap –siap untuk untuk mendaki gunung tersebut.Sebelum mendaki,saya bersama rakan-rakan yang lain membuat pelbagai senaman regangan untuk mengelakan kecederaan ketika mendaki.Setiap peserta dikehendaki membawa 2 botol air  minuman setiap seorang semasa pendakian.Di sepanjang perjalanan tiada tempat untuk kami berhenti untuk mengambil air untuk diminum sepanjang pendakian.Kami mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit untuk membuat senanam tersebut.Selepas itu,seorang ranjer memberi taklimat kepada para peserta mengenai pantang larang ketika proses pendakian.Saya dan rakan-rakan yang lain diberi satu borang untuk ditanda barang apa yang perlu dibawa semasa mendaki.Ini adalah senarai barang yang akan disemak semula ketika sampai balik ke kaki gunung ledang nanti. 
Setelah saja selesai ke aktiviti senaman erobik tadi,kami pun  terus diarahkan mendaki mengikut kumpulan yang telah diberi nama sebelum kami bertolak ke sini.Jam tepat menunjukkan 8.30 pagi.Saya beserta kumpulan yang lain meneruskan pendakian ke gunung tersebut diiringi oleh safety guard.Kumpulan yang pertama yang dilepaskan ialah kumpulan ALHPA,BRAVO,CHARLIE dan ang terakhir sekali ialah DELTA.
Kami pun terus mendaki gunung tersebut dengan misi dan tujuan kami ke puncak gunung dengan selamat.kami menaiki anak tangga lebih kurang dalam 600 anak tangga sebelum mendaki bukit tersebut.kami mengambil masa lebih kurang 7 jam untuk sampai ke kem sebelum sampai ke puncak.kami tiba di kem lebih kurang pada pukul 3.30 petang.Kami pun tiba di kem.
Di Kem tersebut ,kami memasang khemah untuk kami bermalam di situ selama satu malam.Acara pendakian berhenti di situ sebentar kerana hari sudah malam.Setiap peserta memasang khemah masing-masing.Di sepanjang pendakian sebelum sampaim ke kem,saya bersama peserta yang lain telah merempuh pelbagai halangan-halangan yang mencabar.Antaranya ialah membawa beg yang besar ketika mendaki bukit yang amat curam.Di situ betapa ,penat dan lelah di seluruh badan membawa beban ketika mendaki gunung.Itu merupakan pengalam yang pertama yang pernah saya lalui mendaki ke puncak gunung.Selain itu juga,kami terpaksa melalui celah batang-batang pokok yang amat besar dan batu-batu yang amat besar.Itulah merupakan kekuasaan Allah S.W.T di tengah hutan rimba yang tidak pernah kita lihat.
Pada petang itu,semua kumpulan telah menjamu selera dengan makanan yang dibawa sebelum mendaki.Kami semua sempat memasak di kem di antarea puncak gunung setelah penat mendaki.Menu utama pada hari itu ialah nasi putih yang telah siap kami masak sebelum mendaki bersama dengan sambal ikan bilis di campur dengan hot dog amat menyelerakan kami semua setelah penat mendaki.Pada pukul 6 petang bekalan dari jabatan telah sampai ke kem kami bermalam.Kami semua diarahkan untuk  menghabiskan makanan masakan ala tentera.Itu merupakan satu lagi pengalaman yang tidak pernah saya lalui ketika mendaki gunung ledang.
Jam menunjukkan pukul 6.30 petang.Satu lagi senaman kelonggaran otot dilakukan untuk mengelakkan kecederaan untuk pendakian pada hari esoknya.Pada pukul 7.15 petang,saya bersama ahli kumpulan Charlie bersiap sedia untuk mandi air bukit yang begitu sejuk sekali macam ais.Betapa nikmatnya ketika saya dan rakan-rakan setelah kepenatan mandaki tadi.Pada pukul 7.45 petang,ketua kami mengarahkan semua kumpulan mencari kayu api di sekitar kawasan kem untuk membuat bara api.Kami semua diberitahu oleh renjer guard suhu di situ sekitar 15 darjah celcius pada sebelah malam.
Jam 8 malam hingga pukul 11 malam adalah acara memasak untuk santapan di sebelah malam.Pada malam itu,menu yang disediakan begitu mewah sekali iaiti makanan di dalam peket bungbungkusan yang telah dihantar oleh jabatan tadi.Saya bersama seorang rakan telah menjadi chef…he..he..he..masak hot dog,telur dadar,masakan di dalam bungkusan ala tentera yang belum pernah saya buat sebelum ini suatu pengalaman yang menyeronokkan.kami semua makan bersama-sama di dalam satu kumpulan yang diberi nama Charlie.Setelah selesai makan.kami semua diarahkan untuk berehat di dalam khemah masing-masing.
Keesokkan harinya iaitu hari yang kedua,jam 6.00 pagi,kami  sekali lagi membuat senaman sebelum meneruskan  pendakian ke puncak Gunung Ledang.Tepat pada pukul 6.15pagi,semua kumpulan dengan suatu misi dan matlamat  menuju ke puncak Gunung Ledang.Kami meneruskan lagi perjalanan  dengan pelbagai rintangan dan laluan yang mencabar untuk betul-betul ke puncak.setiapm kumpulan diminta membawa lampu suluh masing-masing kerana jalan yang dilalui itu gelap dan mencabar.Antaranya ialah memanjat bukit dengan berbatu –batu yang besar dengan menggunakan tali dan tangga .Perjalan dari kem ke  puncak mengambil masa lagi 2 jam untuk sampai ke puncak.Kami pun tiba di puncak pada pukul 8.30pagi dengan jayanya selamat tiba di puncak Gunung Ledang.Kami berehat di situ selama 30 minit menikmati keindahan alam cipta-NYa dari puncak gunung Ledang.Di samping itu juga kami sempat bergambar sebagai kenangan yang terindah ketika berada di puncak gunung dengan setiap kumpulan .Jam pun telah menunjukkan pukul 9pagi.Kami diarahkan semua turu ke kem yang kami bermalam semalam untuk mengambil semula barang-barang yang terdapat di situ dan sempat sekali lagi memasak dan bersarapan di kem tersebut.Selepas  itu,kami pun turun ke kaki Gunung Ledang yang mengambil masa lebih kurang 5jam mengikut laluan yang sama.Kami telah mengikuti 8 checkpoint untuk sampai ke Gunung Tersebut.
Sekian Wasalam.